Monday, September 13, 2010

Aidilfitri 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Buat semua ahli keluarga yang sentiasa dirindui. Tahun ni, tak dapat kita beraya bersama. Maafkan segala salah dan silap, gurau senda dan suka duka yang dikongsi bersama. Sedihnya..... Kami tak dapat pulang ke Malaysia, dah inilah kali pertama kami beraya di perantauan. Alhamdulillah, suasana sambutannya tetap meriah, walaupun dikalangan 10 keluarga Malaysian disini. Buat kami suami isteri, tak merasa baju baru, cuma iman dan auf ade baju yang pos dari Malaysia!!!!

First possing at home

Keluarga di kuala Pilah, beraya dengan rumah baru.... melihat gambar mak dan ayah di pagi raya, tergambar kegembiraan dan kepuasan, tercapai hasrat mereka untuk mengubahsuai rumah untuk menyambut hari raya kali nie... walaupun kami tahu ianya lebih bermakna jika kami ada beraya bersama..

Keluarga di kota Tinggi menyambut hari raya dengan meriah. Hari raya ketiga, semuanya ke Sabak Bernam Selangor untuk majlis bertunang adik.. Mohd Haykal dengan Nazura Nazin.. ucapan tahniah dan kami doakan hasrat murni bernikah pada bulan febuari 2011 dimakbulkan..


Hari Raya Pertama

Pagi raya selepas solat sunat, kami beramai-ramai ke rumah Ambassador. Budak-budaklah paling seronok, dapat collect duit raya dari ambassador. Tengahari ke rumah S.Sarjan. Sebelah petang ke rumah Kapten Rusli dan sebelah malam beraya di rumah Pn. Sherry. Peh... bukan main lagi, beraya sakan. Tak hengat... esok nak bangun awal nak menebar roti jala. Nasib baik kuah kacang dah siap masak malam tadi!!!.

Ambassador's Residence

Iman, Auf dan kengkawan

Di rumah Pn. Sherry. Datin Azizah, Pn. Sherry and me...


Di rumah Kapten Rusli

Cover page majalah bintang kecil

Hari Raya Kedua

Raya ke-2, open house di embassy. Jemputan pun taklah ramai sangat, HBS, Local staff dan berapa kenalan dari Malaysia yang menetap di sekitar Italy. Menu untuk open house kali ni:

Nasi beriyani kambing - order jer

Ayam masak merah, dalca, jelatah sayur - Kak Laila

Nasi impit - Datin Azizah/Kak Shida
Rendang daging - Datin Azizah
Kuah Kacang - me....
Nasi Lemak - Kak Rokyiah
Roti jala - me.....
Kuah kari - Datin Azizah
Kek/Jelly - Kak Shida
Murtabak - Kak Lina
Karipap - Kak Rokyiah
Biskut raya......

Hubby, tukang lapah kambing!!!

Macam anak jepun kan, budak ni????

Hari Raya Ketiga

Petang raya ke-2, kami buat acara santai kat rumah, nasi impit, kuah kacang, rendang ade lagi. Masak Mee dan spagetti, jemputlah 2/3 family datang minum kopi kat rumah. Sembang punya sembang, tak sedar dah malam. Nasib baik esok cuti, tak pelah balik lewat skit!!!

Kat rumah kami

Syarizan and me.....

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin......