Thursday, December 29, 2011

Semoga Berjumpa Lagi...

7 Disember 2011 - Jamuan dan farewell untuk En. Azman yang berangkat pulang ke Malaysia (end of tour) pada 16 Disember 2011.  Selamat jalan dan semoga lebih berjaya di MARDI kelak.  Kami sekeluarga mendoakan yang terbaik untuk boss, Che Wah, juga untuk Marsya. 


Terima kasih atas segala pertolongan yang diberikan semasa kita saling mengenali.  Terima kasih juga kerana menganggap kami seperti keluarga sendiri.  Personally... terima kasih banyak2 atas tunjuk ajar, teguran dan nasihat. Terima kasih juga atas team work di Pejabat Atase Rome.  Walaupun hanya bertiga, Alhamdulillah, semua urusan organisasi dapat berjalan dengan sempurna.  Pengalaman yang terbaik bagi saya, adalah sewaktu berlangsungnya Conference 2011.  Banyak perkara baru yang saya belajar.  Terima kasih boss....

Hanya Allah S.W.T. sahaja yang akan membalas segala budi dan pertolongan yang diberikan.  Semoga sentiasa berjaya, sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki.  Insyallah...

Friday, November 25, 2011

Salam Awal Muharram

Syukur Alhamdulillah... sekali lagi kita menyambut tahun baru dalam kalander Islam tahun ini.  Semoga kedatangan tahun baru ini akan membawa seribu perubahan dan keazaman baru dalam hidup kami.  YaAllah... hanya pada kau tempat kami bermohon pertolongan dan petunjuk.  Jadikanlah permulaan tahun baru ini, sebagai landasan kepada kami meneruskan kelangsungan hidup dengan keberkatan dan hidayah Mu.  Jadikanlah kami, umat yang sentiasa merendah diri, umat yang sentiasa bersyukur dengan nikmat Mu, umat yang sentiasa berada dalam kerahmatan Mu. 

Jauhilah kami dari api neraka Mu. Jauhilah kami dari kemaksiatan secara zahir dan batil.  Jauhilah kami dari menzalimi diri kami sendiri.  Ya Allah, tuhan yang Maha Agung, Tuhan yang Maha Melindung.  Lindungilah kami dari godaan dah hasutan syaitan. Lindungilah kami dari kepapaan dan kehinaan.  Lindungilah kami dari hasad dengki dan fitnah manusia.  Ya Allah... sesunggunya Engkau Tuhan yang kami sembah.  Tiada Tuhan selain Engkau....


Meh kita kongsi sama-sama....





Sunday, November 6, 2011

Salam AidilAdha

ALLAHHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR....

Selamat menunaikan ibadah Haji dan Salam AidilAdha buat semua.

Semalam bertungkus lumus, memasak hidangan untuk hari raya. Alhamdulillah, seperti biasa menjelang lebaran, kami memang masak hidangan yang sama seperti di Malaysia.  Inilah berkatnya belajar masak dari emak. Walaupun jauh, tapi hidangan raya tetap ade.  Terima kasih...  

Pagi ni sebelum zul ke masjid untuk sembahyang AidilAdha, sempat sediakan sarapan. Nasi impit, rendang daging cili api, kuah kacang, sup ayam, ayam masak tiram, mee siam dan secawan nescafe.  Senyum jer suamiku di pagi raya. 



Salam AidilAdha buat mak, ayah, Knor dan keluarga, maklang sekeluarga, makteh sekeluarga dan buat semua ahli keluarga yang lain serta semua sahabat.  Terutamanya juga pada sahabat2 yang juga beraya di perantau. Senasiblah kita.... Salam AidilAdha...

Wednesday, September 28, 2011

Sikap angkuh, sombong boleh jejaskan prestasi



ISLAM melarang umatnya bersifat bangga diri dan merendahkan orang lain. Sebaliknya hendaklah bersifat hormat menghormati antara satu sama lain. Ini kerana semulia-mulia manusia di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa.
Ia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat: 13)
Kedudukan seseorang itu berbeza di sisi Allah kerana darjat takwa yang dimilikinya. Oleh sebab itu Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan membesar diri, lupa diri, bermegah-megah, bongkak sombong dan sebagainya.
Sifat sombong ini sangat bahaya dan sifat tersebut banyak membinasakan makhluk Allah sepanjang sejarah manusia di muka bumi ini.
Iblis sendiri diusir keluar dari syurga lantaran sifat sombongnya yang enggan sujud kepada Nabi Adam AS. Perdana Menteri Raja Firaun, Qarun, ditelan hidup-hidup ke dalam perut bumi bersama-sama dengan timbunan harta benda juga disebabkan kesombongannya.
Malah Firaun juga menemui ajal dalam keadaan yang hina kerana sifat sombong dan angkuhnya terhadap Allah SWT dan sebagainya.
Rasulullah SAW dalam hadisnya menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan sifat sombong dan bahayanya sifat tersebut.
Ia sebagaimana sabda baginda yang bermaksud: Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong, kemudian seseorang berkata: (Ya Rasulullah) sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus. Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan, (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain. (riwayat Muslim)
Sombong merupakan salah satu sifat mazmumah (tercela) dan sifat ini sangat dibenci oleh Allah SWT.
Sifat tercela ini merupakan jalan ke neraka yang menyebabkan tertutupnya pintu-pintu ke syurga. Ini kerana akhlak mulia itu merupakan jalan atau pintu untuk ke syurga.
Terlalu banyak keburukan bersifat sombong, antaranya tentu sekali dibenci dan dimurkai Allah SWT dan juga Rasulullah SAW. Orang yang sombong tidak mempunyai perasaan kasih sayang sesama saudaranya yang mukmin sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
Selain itu, seseorang yang memiliki sifat sombong ini juga tidak terlepas dari suka berdendam dan perbuatan mahupun percakapannya tidak boleh di percayai atau diguna pakai.
Golongan ini juga bukan pemberi nasihat yang baik dan nasihatnya tidak boleh diyakini. Api kemarahan sentiasa marak dalam dirinya dan amat sukar untuk dikawal.
Sombong boleh berlaku dalam pelbagai situasi di antaranya di dalam sesebuah organisasi atau di tempat kerja. Sifat ini sering menimbulkan masalah dalam urusan kerja seharian di sesebuah syarikat. Jika tidak dibendung daripada awal ia akan menjadi barah dan akan merosakkan organisasi berkenaan.
Ada orang yang sombong kerana menganggap dirinya lebih tinggi atau mulia daripada orang lain kerana pangkat yang ada pada dirinya.
Ada orang angkuh kerana pengalaman di dalam kerjanya sehingga merasakan bahawa dia adalah di kalangan yang layak dirujuk dan ada juga orang yang membangga diri kerana kepandaian yang melebihi dari orang lain.
Ini semua adalah penyakit hati boleh merosakkan sesebuah organisasi.
Penyakit ini jika tidak dirawat daripada awal akan menjadi punca kepada masalah perpecahan hati, fikiran, pertembungan idea yang tidak sihat dan akhirnya boleh memberi kesan kepada kemerosotan prestasi kerja.
Ini berlaku kerana masing-masing merasa diri dan kerjanya sempurna sehingga tidak mahu menerima cadangan, teguran atau pembaikan.

Credit to Utusan Malaysia : 28 September 2011

Thursday, September 1, 2011

Aidilfitri 2011

Assalamualaikum..

Sekali lagi tahun ini, kami beraya di bumi Rome.  Walaupun berjauhan dari keluarga, Alhamdulillah.. semua persiapan hari raya telah kami sediakan dari awal.  Terima kasih banyak2 pada mak dan ayah yang belikan baju raya seragam untuk kami sekeluarga.  Tahun ni warna merah jambu.... oklah!!!


Iman dan Auf tetap happy, sebab dapat jumpa kawan2.  Ape sangatlah yang derang faham... yang penting happy2, lapar... minta makan!!! Selamat Hari Raya...

Monday, August 29, 2011

Salam Eidulfitri 1432H

Salam lebaran buat semua umat Islam.  Juga kepada semua keluarga tersayang dah rakan taulan yang sentiasa diingati.  Selamat hari raya maaf zahir dan batin.  Tahun ini, sekali lagi kami sekeluarga beraya di Rome.  Insyallah... jika dimurahkan rezeki dan dipermudahkan olehNya... harap-harap dapatlah menyambut lebaran akan datang bersama keluarga di Malaysia. 


Thursday, August 18, 2011

Happy Birthday Mama....

15 Ogos 2011 - Boun Compleanno mama.... semoga dipanjangkan usia dengan kesihatan yang baik. Semoga mama juga sentiasa dalam redha Ilahi dan akan lebih dijauhkan dari fitnah dan hasad dengki manusia....

Walaupun sekali sambut birthday mama dalam bulan Ramadhan, tanpa disangka-sangka ada sahabat yang buat kejutan dengan kek, bubur lambuk dan kuih untuk birthday mama.  Katanya... I memang masak untuk you!!! aduh...duh...terharunya... terima kasih sahabat..

Wednesday, August 10, 2011

44th Asean Day

On 8 August 2011, ASEAN celebrates the 44th anniversary of its establishment. On this day, ASEAN also celebrates its developments and achievements over the past years. The theme for this year’s ASEAN Day celebration is “Unity in Diversity”. It was also celebrated in Malaysia Embassy in Rome, Italy. 

ASEAN Day this year is also historical as it marks the first time the ASEAN Flag is flown next to the national flags of all ASEAN Member States at ASEAN National Secretariats, Diplomatic and Consular Missions in ASEAN Member States and dialogue partners including all Member States of the EU. By 8 August 2012, all remaining Diplomatic and Consular Missions of all ASEAN Member States will be flying the ASEAN Flag next to their national flags.

HAPPY ASEAN DAY.....

Friday, July 8, 2011

Saldi Estate 2011

Summer Sale sudah bermula di seluruh itali pada 2 Julai 2011.  This is a good time to shop till you drop for everything you want. 



The first few days of the saldi can be crazy. The are hundreds of people on street with long queue at the front door of Gucci, Fendi, Geox.   The line to try clothes on at Zara, always long, gets longer. The wait to get the attention of a salesgirl at Sisley, usually tough, becomes all but impossible.
But, but, but. The sales DO tend to be pretty good (often up to 50 percent off). And if you can't bear to brave the crowds right away, don't fear: The saldi will go on for another 5 or 6 weeks. They'll keep cutting prices, too. Just remember that with a bunch of discerning Italians having come in before you, the good stuff will probably be gone

UNWG-Asia Pacific Fund Charity for Japan

Proudly, we have participated in a big program of charity for Japan fundrising with small donation from Embassy of Malaysia.  It was my second charity programs which was organized by UNWG and personally it was a great experience.  The program was held at Marymount International School of Rome on 21st May 2011.  3 of us were participated full heartedly from the early morning until 4.00 pm.  Thank you my dear friends, Pn. Salwa dan Pn. Norazlina.  You all memang sporting!!!!



The program is an effort to benefit the children orphaned by the recent earthquake and tsunami in Japan, in particularly to support for counseling and psychological programs.  There were almost 300 people came to support the program  when they can buy food, handycrafts, watching cultural shows from Asian Countries. 
Variety of shushi from Japanese Table
We were also enjoying cultural show from Asian Countries


from Fiji Island

Briliant performance from Bangladesh


Gently and amazing traditional dance from Indonesia

Tuesday, May 17, 2011

Wonder Pets


Ini group wonder pets version Italy, kerjasama untuk kumpul duit dan contribute pada AOSR.  Kat sekolah ni, ramai anak warga Malaysia menimba ilmu.  Walaupun I tak der anak yang sekolah lagi, tapi terpanggil juga untuk membantu kalangan ibu2 wonder pets yang mana perlu. 

Matlamatnya jelas, kumpul duit dari hasil jualan dan contribute pada sekolah.  Untuk tahun ni, ibu2 wonder pets berurusan atas nama individu warga Malaysia dan bukannya melalui Perwakilan Rome.  Dari mula sampailah ke akhir aktiviti, jelas semunya memberikan kerjasama yang terbaik seperti selalunya.



Jualan kami pada hari tersebut macam biasalah... masakan dan kuih2 Melayu juga moden, antaranya:

1. Nasi lemak + ayam goreng
2. Bihun goreng
3. Spagetti goreng
4. Kuih karipap
5. Kuih kacang
6. Lepat pisang
7. Popia sayur
8. Popia hotdog
9. Popia pisang
10. Cupcake
11. Kuih bakar
12. Roti jala + kari ayam
13. Kek oren
14. Air sirap lemon

Banyaknyer... sampai tak muat meja!!!! Penat, memang penat sesangat.  Dengan melayan auf silih ganti dengan papa!!! Yang penting kita enjoy!!!!!!!!!

Ibu2 wonder pets yang bertungkus lumus dari pagi sampai petang

 Ini kali pertama kami buat demo roti jala. 1/2 kg jer, tapi habis!!!!

Antara aktivit yang diadakan untuk kanak2. Rasanya dari pagi-tghari, berpuluh kali iman dan auf mengulang kolam itik ni..... pantang tengok airlah bebudak ni. Tangkap sekor itik, kena bayar 1 euro.  Kalau dah 5/6 kali mengulang tempat yang sama?????  Cikgu senyumlah, banyak buat kutipan.......


Betapa seronoknya auf menangkap itik!!!!

Wednesday, April 20, 2011

Perwakilan 2011

Gambar terbaru PERWAKILAN Rome Tahun 2011.  Gambar diambil selepas AGM 2011

Ahli PERWAKILAN bersama Penaung


Ahli PERWAKILAN bersama Y.Bhg. Datin Pengerusi

1st Food Sale 2011



Jom kengkawan yang berada di Rome dan kawasan2 sekitarnya.  Begitu juga pada yang berhasrat datang ke Rome... Minggu depan 28 April 2011 akan diadakan Food Sale di Bangunan Kedutaan Besar Malaysia, Rome, Itali.  Waktu jualan bermula dari jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang. 

Jualan kali ni kami ade:

Nasi Lemak + Ayam Goreng (Euro 5.00)
Bihoon Goreng ( Euro 2.00)

Kuih-muih: (Euro 0.50)

Karipap
Bingka Ubi
Kuih Bakar
Popia
Puding Jagung
Roti Jala
Kuih Kaswi
Seri Muka

Jemputlah datang yer!!!! Bawak kengkawan sekali..................

Tuesday, April 19, 2011

Perwakilan 2nd Trip



Acara kedua pembuka tirai 2011 Perwakilan Rome dengan lawatan ke Salvatore Ferragamo Museum, di Firenze. Bertolak dari Cassia jam 7.40 pagi dan tiba di Firenze jam 10.00 pagi. Kami terpaksa berjalan jauh sedikit menyusuri Ponte Vechio, memandangkan van yang disewa tidak dibenarkan memasuki town centre pada hari bekerja. Begitulah` kebiasaan peraturan trafik di Itali, hanya sesetengah kenderaan sahaja yang boleh memasuki town center terutamanya kenderaan awam, kenderaan pasukan keselamatan, CD Plat (diplomat) dan kereta menggunakan pas khas (NCC).



 Dengan beberapa jam yang diluangkan di Ferragamo Museum dan acara shopping di butik selepas itu, kami kemudiannya bergerak ke Butik Gucci berdekatan Ferragamo Museum.  Hanya menemankan beberapa orang teman memborong habis-habisan di Ferragamo Gucci, Insyaallah, dah tahu arah tuju dan tempat di Firenze, I akan datang sekali lagi!!!!! Tak per....belilah dulu ape yang patut, nanti I datang lagi!!!!


Dah penat berGucci, kami terus menyeberangi Ponte Vechio mencari mana2 kedai HALAL untuk mengisi perut yang dah mula menyanyi dangdut!!!! Dah lalu kat atas Ponte Vechio ni, panjang leher tengok kiri kanan dengan deretan kedai barang kemas yang...... payah nak cakaplah!!!!!!

Menu lunch:

Nasi  Beriyani Ayam, Kari Daging
Salad, Roti Nan, Air Mineral - Harga Euro 110.00



Habis jer lunch, singgah sekejap di pasar barangan kulit, dan disebabkan mengejar masa yang dan pun jam 3.30pm, kami terus bertolak ke Space Outlet untuk shopping Prada dan Miu Miu.



Kat bawah ni antara gambar Prada collection kat outlet yang sempat diambil.  Ni pun, curi2 ambil gambar tau!!!! kalau salesgirl nampak, sah2 kena marah!!!



Selamat Jalan Kak Gie.......

Farewell untuk Kak Gie yang telahpun berangkat pulang ke Malaysia pada 1 April 2011 yang lalu.  Selamat jalan dan semoga dengan izin Allah kita akan bertemu lagi.  Terima kasih Kak Gie atas bantuan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya berada disini.  Semoga Allah sentiasa merahmati dan memurahkan rezeki Kak Gie dan keluarga.  Amin.....

Cenderamata dari HBS


Pada acara yang berlangsung sebelumnya, pihak PERWAKILAN juga turut meraikan perpisahan untuk Kak Gie yang dibuat dalam majlis ringkas.  Terima kasih juga kepada semua ahli PERWAKILAN yang sudi hadir dan bertungkus-lumus menyediakan makanan yang memang sentiasa sedap untuk majlis tersebut. 



Tuesday, April 12, 2011

Parents in Rome

Dah sebulan blog ni tak di update. Penuh ngan sawang labah-labah!!!. Early Mac dapat berita mengejutkan. K.nor msg kat fb, inform mak ngan ayah nak datang Rome!!!! Biar betul???? Memang betul pun... 3 hari lepas tu, dia orang pun sampai.... tak prepare ape2 pun. Zul sampai 4 kali keluar masuk tandas. Kecut perut punya pasal!!!!  Alhamdulillah... semuanya selamat dan berjalan dengan baik.  Walaupun parents memang penat dengan perjalanan jauh, sampai jer di rumah kami, lega rasanya dapat berpelukan dan dapat melepaskan rindu!!!!!


Aktiviti pertama lepas makan tengahari..... selongkar beg lahhhhh.... cari ape yang patut!!!!  terpampang mamee... terima kasih kak nor... benda ni kena sorok, sebab budak2 ni tak familiar.  Terima kasih juga pada Ayim, maklang, Abg. Faizal sebab bekalkan banyak buku untuk Iman.  Iman suka buku sticker tu. Dari pagi sampai petang, tampal menampal ngan uwan... ponek den!!!!!


Stemboot time!!!!  peh memang best. Nak cari kat luar, memang tak jumpa. The best way, beli dan masak sendiri kat rumah. Jangan jelous (kak nor) .... keropok pun ado.....

Cheese oh cheese.... biar betul makteh ni??? orang lain pesan sourvenier, tapi makteh pesan cheese!!!! So, kami pergilah bertiga cari cheese untuk bekalan pulang nanti...  Nanti tolong buatkan cheesecake ye??

Kami pun rambang mata, tak tau nak pilih yang mane. Cam ner nak pilih, baca tulisan kat packaging pun tak paham!!!! aduiiiiaiiiii...... ala.. beli jerlah... rasa lebih kurang jer!!! Setakat ni, cheese yang kami biasa beli, memang sedap...!!!! huhuhu.....

Rambang kan???? siap ade offerta lagi... ha ape lagi... pilihlah.....


Thursday, March 24, 2011

Earth Hour



Jangan lupa menyertai Earth Hour Campaign.  Buktikan keprihatinan anda terhadap alam sekitar dengan penjimatan tenaga.  Tak lama.... 1 jam jer matikan semua lampu di rumah, organisasi atau dimana anda berada.    


Visit www.earthhour.org/beyondthehour to view the actions of individuals and organisations, add your action for the planet, and celebrate it with the world by turning off the lights for Earth Hour 2011 at 8:30pm Saturday, 26 March.

Tuesday, February 22, 2011

New Improvement

Ha... cuba tengok ni.. rasa2nya sapa yang lukis???


Good job kakak.. boleh improve lagi!!!!

Apelah agaknya imaginasi iman waktu ni?  Pandai jugak anak mama melukis dan mewarna. 

Kuala Pilah to Rome

Alhamdulillah... sampai jugak barang2 yang dikirim oleh mak dan ayah.  Terima kasih banyak2.  Dah lama tak rasa kaya Yeos ngan Marjerin Planta. Tertelan air luir mengenangkan sedapnya kaya Yeos tu!!!!! 


Bila dapat je barang2 ni malam tadi, menitik air mata. Payahnya mencari produk Malaysia di bumi Itali!!! Ikan bilis pun susah nak jumpa. Ade jugaklah jual kat pasar, tapi sepeket kecil sampai Euro 4 (from Thai), nak buat sambal pun tak cukup. Keropok ikan pun ade, walaupun dapat 2 peket jer. Jadilah...

Yang paling berharga adalah gula anau dan kuih bahulu tu.  Specially made in Kuala Pilah.  Ayah tempahkan dan siap bungkus untuk flight ke Rome. Buat pengat pisang, ngan bubur kacang memang the best in Rome!!!! Kuih Bahulu tu, tak payah cakap pun dah tau!!! Ayah beli kat Wan Su kan???  Dalam diam, sampai jugak kuih wan ke Itali... Terima kasih semua.......

Friday, February 18, 2011

Largo Bracciano after a Year

Genap setahun berada di bumi Rome, kami kembali semula ke Largo Bracciano.  Inilah tempat pertama yang kami lawati ketika baru seminggu sampai di Italy.  Dulu datang ngan family En.Azman, kali ini juga dengan orang yang sama.  Thanks boss, k.wa and Marsya. 
25 Disember 2010.  Rancangan asal oleh K.Laila, memang nak ke Largo Bracciano. Tapi memandangkan jalan yang sesak dari Cassia ke sini, plan ditukar di saat akhir dan destinasi dituju adalah Largo Albano.  Sekali lagi, plan ditukar semasa kereta menyusur perlahan di GRA Fiumcino ke Albano dengan lalulintas yang sangat2 sesak.  Maklum sajalah, waktu tu Italian sibuk menyambut krismas!!!!! Dengan call yang bertalu2, kami menuju ke rumah E.Azhar, tetapi tak jadi pulak... Ke Castel Romano tempat dituju.  Aduh... banyaknya plan yang ditukar..... Maaflah untuk kali ni, memang kami tak dapat ikut ke Castel Romano sebabnya tak der navigator dan hanya convoy dengan E.Azman sejak dari Cassia tadi.  Akhirnye, selepas isi minyak di stesen, kami terus pulang menuju ke Cassia. 

Sampai sahaja di Cassia E.Azman ajak ke Largo Bracciano semula, memandangkan trafik agak lancar waktu tu. Ok lah... kami ikut ajer...... Tetiba jer ade orang call, bagi tau, tak jadi gi Castel Romano sebab tutup. So, mereka bergerak ke Little India di pekan Rome.  Lahhh... kan hari ni cuti umum, mana ader shopping complex yang bukak... Tak perlah... lain kali jer kita keluar reramai yer.... kami dah ambik simpang ke Largo Bracciano!!!!




Keadaan lengang jer waktu tu. Taklah ramai sangat orang. Tapi bar bukak pulak!!! Ehh.... dia orang ni tak raya ker hari ni?

 Auf ngan k.wa. Bestnya, bagi burung makan!!! kan Auf..?


Walaupun, plan asal tak menjadi sebab kekangan trafik, nanti ade masa kita convoy lagi yer!!! Thanks semua sebab tak lupa ajak kami..