Tuesday, February 22, 2011

New Improvement

Ha... cuba tengok ni.. rasa2nya sapa yang lukis???


Good job kakak.. boleh improve lagi!!!!

Apelah agaknya imaginasi iman waktu ni?  Pandai jugak anak mama melukis dan mewarna. 

Kuala Pilah to Rome

Alhamdulillah... sampai jugak barang2 yang dikirim oleh mak dan ayah.  Terima kasih banyak2.  Dah lama tak rasa kaya Yeos ngan Marjerin Planta. Tertelan air luir mengenangkan sedapnya kaya Yeos tu!!!!! 


Bila dapat je barang2 ni malam tadi, menitik air mata. Payahnya mencari produk Malaysia di bumi Itali!!! Ikan bilis pun susah nak jumpa. Ade jugaklah jual kat pasar, tapi sepeket kecil sampai Euro 4 (from Thai), nak buat sambal pun tak cukup. Keropok ikan pun ade, walaupun dapat 2 peket jer. Jadilah...

Yang paling berharga adalah gula anau dan kuih bahulu tu.  Specially made in Kuala Pilah.  Ayah tempahkan dan siap bungkus untuk flight ke Rome. Buat pengat pisang, ngan bubur kacang memang the best in Rome!!!! Kuih Bahulu tu, tak payah cakap pun dah tau!!! Ayah beli kat Wan Su kan???  Dalam diam, sampai jugak kuih wan ke Itali... Terima kasih semua.......

Friday, February 18, 2011

Largo Bracciano after a Year

Genap setahun berada di bumi Rome, kami kembali semula ke Largo Bracciano.  Inilah tempat pertama yang kami lawati ketika baru seminggu sampai di Italy.  Dulu datang ngan family En.Azman, kali ini juga dengan orang yang sama.  Thanks boss, k.wa and Marsya. 
25 Disember 2010.  Rancangan asal oleh K.Laila, memang nak ke Largo Bracciano. Tapi memandangkan jalan yang sesak dari Cassia ke sini, plan ditukar di saat akhir dan destinasi dituju adalah Largo Albano.  Sekali lagi, plan ditukar semasa kereta menyusur perlahan di GRA Fiumcino ke Albano dengan lalulintas yang sangat2 sesak.  Maklum sajalah, waktu tu Italian sibuk menyambut krismas!!!!! Dengan call yang bertalu2, kami menuju ke rumah E.Azhar, tetapi tak jadi pulak... Ke Castel Romano tempat dituju.  Aduh... banyaknya plan yang ditukar..... Maaflah untuk kali ni, memang kami tak dapat ikut ke Castel Romano sebabnya tak der navigator dan hanya convoy dengan E.Azman sejak dari Cassia tadi.  Akhirnye, selepas isi minyak di stesen, kami terus pulang menuju ke Cassia. 

Sampai sahaja di Cassia E.Azman ajak ke Largo Bracciano semula, memandangkan trafik agak lancar waktu tu. Ok lah... kami ikut ajer...... Tetiba jer ade orang call, bagi tau, tak jadi gi Castel Romano sebab tutup. So, mereka bergerak ke Little India di pekan Rome.  Lahhh... kan hari ni cuti umum, mana ader shopping complex yang bukak... Tak perlah... lain kali jer kita keluar reramai yer.... kami dah ambik simpang ke Largo Bracciano!!!!




Keadaan lengang jer waktu tu. Taklah ramai sangat orang. Tapi bar bukak pulak!!! Ehh.... dia orang ni tak raya ker hari ni?

 Auf ngan k.wa. Bestnya, bagi burung makan!!! kan Auf..?


Walaupun, plan asal tak menjadi sebab kekangan trafik, nanti ade masa kita convoy lagi yer!!! Thanks semua sebab tak lupa ajak kami..

Auf's 2nd Birthday

Selamat hari lahir Auf... semoga handsome boy mama, jadi anak yang cemerlang dan pandai macam kakak.  Mama, papa and kakak sayang Auf selalu.  Sorrylah, mama lambat upload gambar sebab tercari2 kat manerlah mama save gambar auf..

thanks k.wa for the cake... bila nak buat cheesecake pulak????




bukan main lagi, papa menyanyi yer!!!!!!




Terima kasih bebanyak kepada yang hadir. Jemputan tidaklah ramai, kerana majlis secara tertutup sahaja.  Insyallah, ade rezeki kami akan buat majlis lain pula...

Tuesday, February 15, 2011

Campo Felice with Joy and Fun

Lovely saturday with kids and friends. A convoy trip to Campo Felice with a lot of unexpected things. Guided by Mr. Azman as the leader in this trip, 1 and half hour journey full of beautiful scenaries along the way.


High mountain from the highway

stop a while, to feel the freeze snow

it's so difficult to walk on ice....

 ice tester without syrup
tide a knot
me, really enjoy the moment sliding from slope!!!! 3 times sliding with Iman. she's so brave, with small sigh,weeeeeeeeee...... then asking to have more!!!!!!
 new version of snowman. Courtesy to K.laila, K.wah, K.lina and the kids. You still make me laugh, on your first sculpture.... sssshhhhhh!!!!!





Hopefully, we can get the same fun and laugh, next winter and to be here again.  Fortunately, Campo Felice is not too far from Cassia, we could have it weekly. 

Salam Maulidur Rasul

Untuk semua umat Islam, selamat menyambut Maulidur Rasul.

Vincent Van Gogh Exhibition

Mungkin masih lagi tidak terlewat walaupun hampir di penghujung acara. Salah satu pameran yang amat saya minati. Selalunya di Malaysia hanya dengar di media dan melalui pembacaan tentang Vincent Williem Van Gogh, seniman agung ikon dunia, kelahiran Belanda. Di sini, saya dapat peluang menyaksikan kehebatan lukisan Van Gogh, bermula dari scatch hitam putih ketika beliau mula2 berjinak dengan seni melalui aspirasi Pissaro, Monet dan Gauguin. [Take your time to know more about them and admire them]

Aktiviti yang tidak dirancang pada mulanya dan hanya mengikut kesesuaian waktu. Saya sertakan beberapa lukisan yang dipamerkan dalam galeri tetapi tidaklah secara direct semasa pameran tersebut...

Starry Night by Vincent Van Gogh

Irises


 Cottage and Peasant Woman Under the Trees

Cypresses with Two Female Figure
(one of my favourites and I have it)

Farmers Planting Potatoes

Interior of A Restaurant
(my husband's favourite)

Olives Trees with Yellow Sky and Sun
The Drinkers/ The Four Ages of Man-1890
(mesti ramai yang recognise lukisan ni. Tapi tak dijual di kaunter masa pameran. Kalau ade, mesti saya beli)

Bilalah agaknya nak diadakan exhibition Da Vinci? Beliau pun salah seorang pelukis agung. Masterpiece beliau masih dikagumi hingga hari ni, walaupun ramai yang meniru untuk menghasilkan lukisan yang sama, tetapi yang asli tetap menjadi buruan pengumpul karya agung di pasaran gelap.


Harga tiket 12 Euro jer.  Masuk ke galeri pun dah malam lebih kurang jam 7.45pm. Insyallah, kalau ade rezeki lagi, kita tengok exhibition lain pulak... chio.....









Friday, February 11, 2011

Ingredient in Making Cheese

Thanks kak Gie, for your info......

Ramai orang suka makan cheese kan?  Sedap, tinggi protein dan kalsium.  Masak pasta, lasagna dan pizza tak sah kalau tak letak parmiggiano (parmesen cheese) banyak2 kan?  Semalam, kak Gie informed, salah satu satu BAHAN dalam pembuatan cheese adalah rennet

Dah baca dan dah faham kan? So, lepas ni sesamalah kita menilai........!!!!!!







 one of our favourites, parmiggiano

Thursday, February 10, 2011

Sunny Sunday....

Cerahnya hari ni... Bersinar-sinar matahari sejak dari pagi tadi.  Jom kakak, kita main slide!!  Eh!!! hari ni ramai pulak budak2 pakai baju berfesyen2. Karnivale ke?? Apesal kita orang ketinggalan... kalau tau tadi, dah pakaikan iman gaun ngan kepak rama2.  Tak pelah Iman, janji hari ni kita happy2 yer....

 
Fun sliding

 

Snack time



Newly hair cut, but not from saloon!!!!

Butterfly dance

Wednesday, February 9, 2011

Home Made Lasagna

Ni lagi satu, first time buat lasagna. Specially untuk birthday papa yang ke 31. 

Truely Us: Home Made Lada Kering

Truely Us: Home Made Lada Kering

Home Made Lada Kering

Memandangkan sekarang ni bekalan lada kering memang dah kering, jadi kenalah cari alternatif lain untuk dapatkan bekalan untuk masak.  Last time beli kat alimentari, buta2 jer kena bayar 7 Euro untuk 30 biji lada yang dah dikeringkan dan ikat.  Silapnya tak tanya harga, terus ambik sampai 3 bunch.  Bila nak bayar, ha ambik ko.... 21 Euro!!!! Ambik jer lah...

So, lepas kejadian tu, skang ni kami dah buat lada kering sendiri.  Memang jadi... So, tak perlu risau lagi nak masak asam pedas!!!!

Lepas ni nak buat telur asin pulak.  Cari telur itik tak jumpa plak kat pasar. So, cubalah buat ngan telur ayam...