7 Disember 2011 - Jamuan dan farewell untuk En. Azman yang berangkat pulang ke Malaysia (end of tour) pada 16 Disember 2011. Selamat jalan dan semoga lebih berjaya di MARDI kelak. Kami sekeluarga mendoakan yang terbaik untuk boss, Che Wah, juga untuk Marsya.
Terima kasih atas segala pertolongan yang diberikan semasa kita saling mengenali. Terima kasih juga kerana menganggap kami seperti keluarga sendiri. Personally... terima kasih banyak2 atas tunjuk ajar, teguran dan nasihat. Terima kasih juga atas team work di Pejabat Atase Rome. Walaupun hanya bertiga, Alhamdulillah, semua urusan organisasi dapat berjalan dengan sempurna. Pengalaman yang terbaik bagi saya, adalah sewaktu berlangsungnya Conference 2011. Banyak perkara baru yang saya belajar. Terima kasih boss....
Hanya Allah S.W.T. sahaja yang akan membalas segala budi dan pertolongan yang diberikan. Semoga sentiasa berjaya, sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki. Insyallah...
Truely Us
Thursday, December 29, 2011
Friday, November 25, 2011
Salam Awal Muharram
Syukur Alhamdulillah... sekali lagi kita menyambut tahun baru dalam kalander Islam tahun ini. Semoga kedatangan tahun baru ini akan membawa seribu perubahan dan keazaman baru dalam hidup kami. YaAllah... hanya pada kau tempat kami bermohon pertolongan dan petunjuk. Jadikanlah permulaan tahun baru ini, sebagai landasan kepada kami meneruskan kelangsungan hidup dengan keberkatan dan hidayah Mu. Jadikanlah kami, umat yang sentiasa merendah diri, umat yang sentiasa bersyukur dengan nikmat Mu, umat yang sentiasa berada dalam kerahmatan Mu.
Jauhilah kami dari api neraka Mu. Jauhilah kami dari kemaksiatan secara zahir dan batil. Jauhilah kami dari menzalimi diri kami sendiri. Ya Allah, tuhan yang Maha Agung, Tuhan yang Maha Melindung. Lindungilah kami dari godaan dah hasutan syaitan. Lindungilah kami dari kepapaan dan kehinaan. Lindungilah kami dari hasad dengki dan fitnah manusia. Ya Allah... sesunggunya Engkau Tuhan yang kami sembah. Tiada Tuhan selain Engkau....
Jauhilah kami dari api neraka Mu. Jauhilah kami dari kemaksiatan secara zahir dan batil. Jauhilah kami dari menzalimi diri kami sendiri. Ya Allah, tuhan yang Maha Agung, Tuhan yang Maha Melindung. Lindungilah kami dari godaan dah hasutan syaitan. Lindungilah kami dari kepapaan dan kehinaan. Lindungilah kami dari hasad dengki dan fitnah manusia. Ya Allah... sesunggunya Engkau Tuhan yang kami sembah. Tiada Tuhan selain Engkau....
Sunday, November 6, 2011
Salam AidilAdha
ALLAHHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR....
Selamat menunaikan ibadah Haji dan Salam AidilAdha buat semua.
Selamat menunaikan ibadah Haji dan Salam AidilAdha buat semua.
Semalam bertungkus lumus, memasak hidangan untuk hari raya. Alhamdulillah, seperti biasa menjelang lebaran, kami memang masak hidangan yang sama seperti di Malaysia. Inilah berkatnya belajar masak dari emak. Walaupun jauh, tapi hidangan raya tetap ade. Terima kasih...
Pagi ni sebelum zul ke masjid untuk sembahyang AidilAdha, sempat sediakan sarapan. Nasi impit, rendang daging cili api, kuah kacang, sup ayam, ayam masak tiram, mee siam dan secawan nescafe. Senyum jer suamiku di pagi raya.
Salam AidilAdha buat mak, ayah, Knor dan keluarga, maklang sekeluarga, makteh sekeluarga dan buat semua ahli keluarga yang lain serta semua sahabat. Terutamanya juga pada sahabat2 yang juga beraya di perantau. Senasiblah kita.... Salam AidilAdha...
Wednesday, September 28, 2011
Sikap angkuh, sombong boleh jejaskan prestasi
ISLAM melarang umatnya bersifat bangga diri dan merendahkan orang lain. Sebaliknya hendaklah bersifat hormat menghormati antara satu sama lain. Ini kerana semulia-mulia manusia di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa.
Ia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat: 13)
Kedudukan seseorang itu berbeza di sisi Allah kerana darjat takwa yang dimilikinya. Oleh sebab itu Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan membesar diri, lupa diri, bermegah-megah, bongkak sombong dan sebagainya.
Sifat sombong ini sangat bahaya dan sifat tersebut banyak membinasakan makhluk Allah sepanjang sejarah manusia di muka bumi ini.
Iblis sendiri diusir keluar dari syurga lantaran sifat sombongnya yang enggan sujud kepada Nabi Adam AS. Perdana Menteri Raja Firaun, Qarun, ditelan hidup-hidup ke dalam perut bumi bersama-sama dengan timbunan harta benda juga disebabkan kesombongannya.
Malah Firaun juga menemui ajal dalam keadaan yang hina kerana sifat sombong dan angkuhnya terhadap Allah SWT dan sebagainya.
Rasulullah SAW dalam hadisnya menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan sifat sombong dan bahayanya sifat tersebut.
Ia sebagaimana sabda baginda yang bermaksud: Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong, kemudian seseorang berkata: (Ya Rasulullah) sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus. Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan, (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain. (riwayat Muslim)
Sombong merupakan salah satu sifat mazmumah (tercela) dan sifat ini sangat dibenci oleh Allah SWT.
Sifat tercela ini merupakan jalan ke neraka yang menyebabkan tertutupnya pintu-pintu ke syurga. Ini kerana akhlak mulia itu merupakan jalan atau pintu untuk ke syurga.
Terlalu banyak keburukan bersifat sombong, antaranya tentu sekali dibenci dan dimurkai Allah SWT dan juga Rasulullah SAW. Orang yang sombong tidak mempunyai perasaan kasih sayang sesama saudaranya yang mukmin sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
Selain itu, seseorang yang memiliki sifat sombong ini juga tidak terlepas dari suka berdendam dan perbuatan mahupun percakapannya tidak boleh di percayai atau diguna pakai.
Golongan ini juga bukan pemberi nasihat yang baik dan nasihatnya tidak boleh diyakini. Api kemarahan sentiasa marak dalam dirinya dan amat sukar untuk dikawal.
Sombong boleh berlaku dalam pelbagai situasi di antaranya di dalam sesebuah organisasi atau di tempat kerja. Sifat ini sering menimbulkan masalah dalam urusan kerja seharian di sesebuah syarikat. Jika tidak dibendung daripada awal ia akan menjadi barah dan akan merosakkan organisasi berkenaan.
Ada orang yang sombong kerana menganggap dirinya lebih tinggi atau mulia daripada orang lain kerana pangkat yang ada pada dirinya.
Ada orang angkuh kerana pengalaman di dalam kerjanya sehingga merasakan bahawa dia adalah di kalangan yang layak dirujuk dan ada juga orang yang membangga diri kerana kepandaian yang melebihi dari orang lain.
Ini semua adalah penyakit hati boleh merosakkan sesebuah organisasi.
Penyakit ini jika tidak dirawat daripada awal akan menjadi punca kepada masalah perpecahan hati, fikiran, pertembungan idea yang tidak sihat dan akhirnya boleh memberi kesan kepada kemerosotan prestasi kerja.
Ini berlaku kerana masing-masing merasa diri dan kerjanya sempurna sehingga tidak mahu menerima cadangan, teguran atau pembaikan.
Credit to Utusan Malaysia : 28 September 2011
Thursday, September 1, 2011
Aidilfitri 2011
Assalamualaikum..
Sekali lagi tahun ini, kami beraya di bumi Rome. Walaupun berjauhan dari keluarga, Alhamdulillah.. semua persiapan hari raya telah kami sediakan dari awal. Terima kasih banyak2 pada mak dan ayah yang belikan baju raya seragam untuk kami sekeluarga. Tahun ni warna merah jambu.... oklah!!!
Iman dan Auf tetap happy, sebab dapat jumpa kawan2. Ape sangatlah yang derang faham... yang penting happy2, lapar... minta makan!!! Selamat Hari Raya...
Sekali lagi tahun ini, kami beraya di bumi Rome. Walaupun berjauhan dari keluarga, Alhamdulillah.. semua persiapan hari raya telah kami sediakan dari awal. Terima kasih banyak2 pada mak dan ayah yang belikan baju raya seragam untuk kami sekeluarga. Tahun ni warna merah jambu.... oklah!!!
Iman dan Auf tetap happy, sebab dapat jumpa kawan2. Ape sangatlah yang derang faham... yang penting happy2, lapar... minta makan!!! Selamat Hari Raya...
Monday, August 29, 2011
Salam Eidulfitri 1432H
Salam lebaran buat semua umat Islam. Juga kepada semua keluarga tersayang dah rakan taulan yang sentiasa diingati. Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Tahun ini, sekali lagi kami sekeluarga beraya di Rome. Insyallah... jika dimurahkan rezeki dan dipermudahkan olehNya... harap-harap dapatlah menyambut lebaran akan datang bersama keluarga di Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)