Buat semua ahli keluarga yang sentiasa dirindui. Tahun ni, tak dapat kita beraya bersama. Maafkan segala salah dan silap, gurau senda dan suka duka yang dikongsi bersama. Sedihnya..... Kami tak dapat pulang ke Malaysia, dah inilah kali pertama kami beraya di perantauan. Alhamdulillah, suasana sambutannya tetap meriah, walaupun dikalangan 10 keluarga Malaysian disini. Buat kami suami isteri, tak merasa baju baru, cuma iman dan auf ade baju yang pos dari Malaysia!!!!
First possing at home
Keluarga di kota Tinggi menyambut hari raya dengan meriah. Hari raya ketiga, semuanya ke Sabak Bernam Selangor untuk majlis bertunang adik.. Mohd Haykal dengan Nazura Nazin.. ucapan tahniah dan kami doakan hasrat murni bernikah pada bulan febuari 2011 dimakbulkan..
Pagi raya selepas solat sunat, kami beramai-ramai ke rumah Ambassador. Budak-budaklah paling seronok, dapat collect duit raya dari ambassador. Tengahari ke rumah S.Sarjan. Sebelah petang ke rumah Kapten Rusli dan sebelah malam beraya di rumah Pn. Sherry. Peh... bukan main lagi, beraya sakan. Tak hengat... esok nak bangun awal nak menebar roti jala. Nasib baik kuah kacang dah siap masak malam tadi!!!.
Ambassador's Residence
Iman, Auf dan kengkawan
Di rumah Pn. Sherry. Datin Azizah, Pn. Sherry and me...Di rumah Kapten Rusli
Hari Raya Kedua
Nasi beriyani kambing - order jer
Ayam masak merah, dalca, jelatah sayur - Kak Laila
Hubby, tukang lapah kambing!!!
Macam anak jepun kan, budak ni????
Hari Raya Ketiga
Petang raya ke-2, kami buat acara santai kat rumah, nasi impit, kuah kacang, rendang ade lagi. Masak Mee dan spagetti, jemputlah 2/3 family datang minum kopi kat rumah. Sembang punya sembang, tak sedar dah malam. Nasib baik esok cuti, tak pelah balik lewat skit!!!
Kat rumah kami
Syarizan and me.....
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin......