Wednesday, September 28, 2011

Sikap angkuh, sombong boleh jejaskan prestasi



ISLAM melarang umatnya bersifat bangga diri dan merendahkan orang lain. Sebaliknya hendaklah bersifat hormat menghormati antara satu sama lain. Ini kerana semulia-mulia manusia di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa.
Ia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat: 13)
Kedudukan seseorang itu berbeza di sisi Allah kerana darjat takwa yang dimilikinya. Oleh sebab itu Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan membesar diri, lupa diri, bermegah-megah, bongkak sombong dan sebagainya.
Sifat sombong ini sangat bahaya dan sifat tersebut banyak membinasakan makhluk Allah sepanjang sejarah manusia di muka bumi ini.
Iblis sendiri diusir keluar dari syurga lantaran sifat sombongnya yang enggan sujud kepada Nabi Adam AS. Perdana Menteri Raja Firaun, Qarun, ditelan hidup-hidup ke dalam perut bumi bersama-sama dengan timbunan harta benda juga disebabkan kesombongannya.
Malah Firaun juga menemui ajal dalam keadaan yang hina kerana sifat sombong dan angkuhnya terhadap Allah SWT dan sebagainya.
Rasulullah SAW dalam hadisnya menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan sifat sombong dan bahayanya sifat tersebut.
Ia sebagaimana sabda baginda yang bermaksud: Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong, kemudian seseorang berkata: (Ya Rasulullah) sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus. Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan, (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain. (riwayat Muslim)
Sombong merupakan salah satu sifat mazmumah (tercela) dan sifat ini sangat dibenci oleh Allah SWT.
Sifat tercela ini merupakan jalan ke neraka yang menyebabkan tertutupnya pintu-pintu ke syurga. Ini kerana akhlak mulia itu merupakan jalan atau pintu untuk ke syurga.
Terlalu banyak keburukan bersifat sombong, antaranya tentu sekali dibenci dan dimurkai Allah SWT dan juga Rasulullah SAW. Orang yang sombong tidak mempunyai perasaan kasih sayang sesama saudaranya yang mukmin sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
Selain itu, seseorang yang memiliki sifat sombong ini juga tidak terlepas dari suka berdendam dan perbuatan mahupun percakapannya tidak boleh di percayai atau diguna pakai.
Golongan ini juga bukan pemberi nasihat yang baik dan nasihatnya tidak boleh diyakini. Api kemarahan sentiasa marak dalam dirinya dan amat sukar untuk dikawal.
Sombong boleh berlaku dalam pelbagai situasi di antaranya di dalam sesebuah organisasi atau di tempat kerja. Sifat ini sering menimbulkan masalah dalam urusan kerja seharian di sesebuah syarikat. Jika tidak dibendung daripada awal ia akan menjadi barah dan akan merosakkan organisasi berkenaan.
Ada orang yang sombong kerana menganggap dirinya lebih tinggi atau mulia daripada orang lain kerana pangkat yang ada pada dirinya.
Ada orang angkuh kerana pengalaman di dalam kerjanya sehingga merasakan bahawa dia adalah di kalangan yang layak dirujuk dan ada juga orang yang membangga diri kerana kepandaian yang melebihi dari orang lain.
Ini semua adalah penyakit hati boleh merosakkan sesebuah organisasi.
Penyakit ini jika tidak dirawat daripada awal akan menjadi punca kepada masalah perpecahan hati, fikiran, pertembungan idea yang tidak sihat dan akhirnya boleh memberi kesan kepada kemerosotan prestasi kerja.
Ini berlaku kerana masing-masing merasa diri dan kerjanya sempurna sehingga tidak mahu menerima cadangan, teguran atau pembaikan.

Credit to Utusan Malaysia : 28 September 2011

Thursday, September 1, 2011

Aidilfitri 2011

Assalamualaikum..

Sekali lagi tahun ini, kami beraya di bumi Rome.  Walaupun berjauhan dari keluarga, Alhamdulillah.. semua persiapan hari raya telah kami sediakan dari awal.  Terima kasih banyak2 pada mak dan ayah yang belikan baju raya seragam untuk kami sekeluarga.  Tahun ni warna merah jambu.... oklah!!!


Iman dan Auf tetap happy, sebab dapat jumpa kawan2.  Ape sangatlah yang derang faham... yang penting happy2, lapar... minta makan!!! Selamat Hari Raya...

Monday, August 29, 2011

Salam Eidulfitri 1432H

Salam lebaran buat semua umat Islam.  Juga kepada semua keluarga tersayang dah rakan taulan yang sentiasa diingati.  Selamat hari raya maaf zahir dan batin.  Tahun ini, sekali lagi kami sekeluarga beraya di Rome.  Insyallah... jika dimurahkan rezeki dan dipermudahkan olehNya... harap-harap dapatlah menyambut lebaran akan datang bersama keluarga di Malaysia. 


Thursday, August 18, 2011

Happy Birthday Mama....

15 Ogos 2011 - Boun Compleanno mama.... semoga dipanjangkan usia dengan kesihatan yang baik. Semoga mama juga sentiasa dalam redha Ilahi dan akan lebih dijauhkan dari fitnah dan hasad dengki manusia....

Walaupun sekali sambut birthday mama dalam bulan Ramadhan, tanpa disangka-sangka ada sahabat yang buat kejutan dengan kek, bubur lambuk dan kuih untuk birthday mama.  Katanya... I memang masak untuk you!!! aduh...duh...terharunya... terima kasih sahabat..

Wednesday, August 10, 2011

44th Asean Day

On 8 August 2011, ASEAN celebrates the 44th anniversary of its establishment. On this day, ASEAN also celebrates its developments and achievements over the past years. The theme for this year’s ASEAN Day celebration is “Unity in Diversity”. It was also celebrated in Malaysia Embassy in Rome, Italy. 

ASEAN Day this year is also historical as it marks the first time the ASEAN Flag is flown next to the national flags of all ASEAN Member States at ASEAN National Secretariats, Diplomatic and Consular Missions in ASEAN Member States and dialogue partners including all Member States of the EU. By 8 August 2012, all remaining Diplomatic and Consular Missions of all ASEAN Member States will be flying the ASEAN Flag next to their national flags.

HAPPY ASEAN DAY.....

Friday, July 8, 2011

Saldi Estate 2011

Summer Sale sudah bermula di seluruh itali pada 2 Julai 2011.  This is a good time to shop till you drop for everything you want. 



The first few days of the saldi can be crazy. The are hundreds of people on street with long queue at the front door of Gucci, Fendi, Geox.   The line to try clothes on at Zara, always long, gets longer. The wait to get the attention of a salesgirl at Sisley, usually tough, becomes all but impossible.
But, but, but. The sales DO tend to be pretty good (often up to 50 percent off). And if you can't bear to brave the crowds right away, don't fear: The saldi will go on for another 5 or 6 weeks. They'll keep cutting prices, too. Just remember that with a bunch of discerning Italians having come in before you, the good stuff will probably be gone

UNWG-Asia Pacific Fund Charity for Japan

Proudly, we have participated in a big program of charity for Japan fundrising with small donation from Embassy of Malaysia.  It was my second charity programs which was organized by UNWG and personally it was a great experience.  The program was held at Marymount International School of Rome on 21st May 2011.  3 of us were participated full heartedly from the early morning until 4.00 pm.  Thank you my dear friends, Pn. Salwa dan Pn. Norazlina.  You all memang sporting!!!!



The program is an effort to benefit the children orphaned by the recent earthquake and tsunami in Japan, in particularly to support for counseling and psychological programs.  There were almost 300 people came to support the program  when they can buy food, handycrafts, watching cultural shows from Asian Countries. 
Variety of shushi from Japanese Table
We were also enjoying cultural show from Asian Countries


from Fiji Island

Briliant performance from Bangladesh


Gently and amazing traditional dance from Indonesia