Sunday, April 25, 2010

Birthday Iman 3 Thn

Selamat Hari Lahir Iman....... Mama sentiasa mendoakan semoga iman sentiasa sihat dan jadi budak pandai. Kali ni kita celebrate birthday iman, anak beranak je lah ye!!!! Tak der atok ngan uwan, pak ngah, pak lang, uncle ayim, cik nor, ayah, acik, angah, abg. afiq, kak izz......
Dah besar anak mama. Dah 3 tahun!!!!

Tak per lah... dia orang semua jauh. Balik dari office mama belikan kek untuk iman ye!!!!!



Ni, kenapa muka iman berconteng-conteng ni?? kalau dapat pen, cam ni lah!!! tak dapat dinding, habis muka ngan badan di buat tatu.... pandai pulak tu conteng kat kelopak mata, ngan bibir..... hai... tiru sapalah ni????

Friday, April 23, 2010

Villa Borghese



Football Time

Masa untuk bersama keluarga, selepas 5 hari berhempas pulas di pejabat. Minggu ni papa boring, sebab gang Matrix pergi London ambik kereta. Dia orang bawak kereta yang baru dibeli di London ke Rome. To gang Matrix, have a nice journey and drive safely!!!! So, disebabkan keboringan sepanjang hujung minggu ni, kami sekeluarga pergi bersuka ria, di Villa Borghese, kat belakang office mama. Cam biasalah, kalau pergi taman buat per lagi... picnic lah.....

Auf yang kehausan!!!





Thursday, April 15, 2010

Tour during Easter Holiday

Cuti umum untuk Easter. Kat Malaysia, tak sambut Easter pun, kat sini salah satu sambutan keagaaman yang wajib..... Lantak koranglah.. korang pegilah church, sembahyang banyak2!!!! Aku ngan family gi merayau kat bandar Rome, lagi happenning...

Marry Goes Round, Via Lunggutevere


Iman n Auf dah cop kuda masing2. Auf lah paling 'cool' !!!!!

Bebudak ni first time naik Mary Goes Round. So excited, mama pun samalah!!! mula2 papa bayar Euro 10,00 untuk naik 4 orang, 5 kali pusing... habis je pusingan mama ngan auf dah turun, tak larat, pening kepala aku..... tapi iman tak nak turun lak!!!! adoooiiiiii aaaiiiii... menangi2 nak naik lagi. Terpaksalah bayar lagi Euro 5,00 for next round. Auf pun joint sekali!!!! Ape2 pun, papa tetap steady... naik banyak kali pun tak pening2 jugak..... selain dari anak, papa yang lebehhhhh!!!!


Naik kereta kuda kat Piazza Venezzia

Naik kuda round Collesium, Roman Forum, Circus Maximus, Temple of Hercules, Arch of Constantine, Piazza Venezzia, Vittoriano, Trajan's Column. 1/2 jam - Euro 100,00. Mula2 ingat kene tipu, tapi nak naik kuda punya pasal, tak kisahlah!!!! Bila tanya Izan, dia kata: ok lah tu, memang tu pun harga dia!! biasalah maintainance kuda kan mahal!!!



Pas tu ambik gambar ngan Trojan ni pun kena bayar gak....
Alamak!!!! nasib baik Euro 10,00 jer!

Night Scenary, Castel St. Angelo
Memang best jenjalan holiday ni. Walau pun banyak kedai tutup, orang tetap ramai!!!! kami pun balik rumah dah malam. Saje jer nak tengok bandar Rome waktu malam. Memang cantik.

Sunday, April 4, 2010

Kelas Masakan Itali

Pasta and Ragu Sos
31.03.2010
Ambassador's Resident
Mrs. Rita dan Y.Bhg. Datin Azizah, Pengerusi Perwakilan
Aktiviti pertama bagi tahun 2010 dimulakan dengan Kelas Masakan Itali yang dikendalikan oleh Mrs. Rita dan Pn. Syarizan Sulaiman sebagai jurubasaha. Seperti biasalah, bila sebut tentang masakan Itali, pastinya pasta dan sos ragu. Emmmmm..... sedapnye!!!!!
Sesi learn and practic, memang betul-betul berkesan, apabila kesemua ahli Perwakilan tampil untuk mencuba cara-cara menguli tepung pasta. Nampak senang, bila dah cuba baru tau!!!



Di sini disertakan bahan-bahan untuk membuat pasta dan sos ragu:

Pasta

1 kg tepung gandum

5 biji telur

Air

Garam


Sos Ragu

Tomato puri

Lobak merah

Bawang besar

Minyak zaitun

Parmigiano

Daging hancur

Daun Basil

Daun Sadri

Daun Pasli (Prezzemolo)

Penyampaian cenderamata kepada Mrs. Rita oleh Y.Bhg. Datin Azizah

Ahli-ahli Perwakilan Rome, Itali

Ok. semua orang dah tahu cara-cara buat pasta dan sos ragu. Senang sangat!!! Tapi yang susah part menguli dan mencanai tepung. Siapa yang expert je boleh lulus. Kepada yang dah mencuba buat sendiri di rumah, tahniah!!! Nanti hantar sepinggan ke rumah kami yer..... Terima kasih semua.