Thursday, December 29, 2011

Semoga Berjumpa Lagi...

7 Disember 2011 - Jamuan dan farewell untuk En. Azman yang berangkat pulang ke Malaysia (end of tour) pada 16 Disember 2011.  Selamat jalan dan semoga lebih berjaya di MARDI kelak.  Kami sekeluarga mendoakan yang terbaik untuk boss, Che Wah, juga untuk Marsya. 


Terima kasih atas segala pertolongan yang diberikan semasa kita saling mengenali.  Terima kasih juga kerana menganggap kami seperti keluarga sendiri.  Personally... terima kasih banyak2 atas tunjuk ajar, teguran dan nasihat. Terima kasih juga atas team work di Pejabat Atase Rome.  Walaupun hanya bertiga, Alhamdulillah, semua urusan organisasi dapat berjalan dengan sempurna.  Pengalaman yang terbaik bagi saya, adalah sewaktu berlangsungnya Conference 2011.  Banyak perkara baru yang saya belajar.  Terima kasih boss....

Hanya Allah S.W.T. sahaja yang akan membalas segala budi dan pertolongan yang diberikan.  Semoga sentiasa berjaya, sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki.  Insyallah...