Tuesday, August 3, 2010

ED 045 EG

Syukur, alhamdulillah.... hari ni 03.08.2010, kami dah dapat no. plat kereta yang baru. No. plat lama dah dipulangkan kepada Ministero dei Trasporti. Dalam pada tu, terima kasih banyak2 pada 3rd Secretary, En. Abdul Samad dan CC Sig. Philip Chen yang banyak membantu dalam urusan teknikal dan dokumentasi. Kalau Philip tak tolong, memang sampai sekarang urusan ini tak kan selesai!!!! Jom kita semak satu2, cam ner kami buat urusan untuk tukar ownership kereta. Since kereta yang kami gunakan sekarang, guna No. Plat CD. Plat CD ni untuk Diplomatik jer, kami taklah layak.....

1. Permohonan untuk tukar ownership kereta
2. Permohonan untuk tukar plat CD ke Roman Plat
3. Urusan Insurans
4. Urusan Inspection kereta (setiap kali sebelum buat insurans, kereta perlu dihantar utk inspection) tak lulus, tak leh buat insurance!!!!


eeeehhhhh... tak banyak pulak step nyer!!!! 4 jer kan??? Tapi nak buat semua proses ni, makan masa yang agak lama. Semua urusan dokumentasi permohonan perlu dibuat sebelum bulan Ogos. Sebabnya, bulan Ogos, semua Italian gi bercuti sampailah hujung bulan Ogos...

Tulah... nasib baik ade Philip tolong uruskan dokumen, dan Roberto tolong bawak kereta gi buat inspection dan ambik no. plat baru. Kalau diaorang tak tolong, cam ner????? Menangis aku.... huhuhuhuhuhu

Bulan September ni, prepare duit untuk bayar ownership kereta. Euro 530.00.... aduhhhh mana nak cari duit ni? Ade duit ke, tak der duit ker, ownership kena buat jugak. Sebab aku bukan diplomat, jadi semua urusan tak der keistimewaan. Sama jer macam Italian yang lain. Lebih baik buat ownership, senang nak uruskan Rover tu bila nak balik Malaysia nanti. Nak bawak balik ker, atau nak dispose semuanya memerlukan ownership. Kalau nak bawak balik pun, taklah sampai kena buang tepi jalan jer!!! Cerita buang kereta tepi jalan ni, memang hot kat embassy. Sebelum ni, ade pegawai yang balik Malaysia, tapi tak lupuskan kereta dengan proper, buang tepi jalan jer. Cukup tahun, polis hantar saman ke embassy untuk collect nombor plat. Pegawai dah balik Malaysia, so.... sapa nak uruskan saman? Bukan admin jugak ker yang kena????? Buat benda yang menyusahkan orang ni, sampai bila-bila orang akan berkata!!!! Tak nak aku.....!!!!!!!

Dah bayar pun duit ownership kat admin. Nanti dia orang uruskanlah dengan Ministero dei Trasporti. Selesai dah urusan Rover ni....


No comments:

Post a Comment